Pages

Tuesday, 17 December 2019

The Five Love Languages


Setelah berjaya membaca buku The Five Love Languages for Married Couples, sekarang membaca The Five Love Languages for Singles pula. Rasa sayang yang kita perlukan bukan hanya untuk pasangan, malah juga untuk adik-beradik, ibubapa, saudara-mara dan rakan sekerja. Setiap orang ada bahasa kasih sayangnya yang dominan, dan meluahkan bahasa kasih sayang dalam bahasa yang utama bagi mereka memberikan rasa kasih-sayang yang lebih mendalam.



Gary Chapman popular menulis tentang bahasa cinta untuk pasangan. Atas permintaan ramai, beliau menulis bahasa cinta untuk orang single pula.

Menurut Dr Gary Chapman, terdapat 5 bahasa kasih sayang, dan setiap orang ada bahasanya yang tersendiri.
  1. Masa berkualiti. Meluangkan masa untuk ibadah dan riadah bersama-sama adalah cara yang baik dalam menyampaikan kasih sayang.
  2. Sentuhan fizikal. Pelukan dan tepukan di bahu ketika seseorang sedang bersedih, mampu melegakan perasaan seseorang dan membuatkan mereka rasa disayangi.
  3. Memberikan perkhidmatan. Sebagai contoh, membantu memudahkan urusan rakan sekerja. Jika di rumah, membantu dalam membuat kerja2 rumah. Sebagai contoh, membasuh baju, menyediakan makanan, menyapu lantai, menjahit baju adalah tanda kasih sayang.
  4. Kata-kata. Ada orang yang gemar menerima pujian, galakkan dan kata-kata sokongan di dalam hidupnya. Kata2 seperti "Terima Kasih", "Bagus hasil kerja kamu" dan memberikan sokongan seperti "Saya tahu awak mampu lakukannya" adalah antara perkataan yang boleh digunakan. Berhati-hati dengan golongan ini jika ingin memberikan kritikan kerana mereka akan cepat rasa  terguris hati. Kemarahan juga mampu merosakan sesuatu perhubungan dengan golongan ini.
  1. Hadiah. Golongan sebegini tidak perlukan hadiah yang mahal tetapi lebih menganggap bahawa hadiah yang diberikan sebagai tanda ingatan. Kekerapan memberikan hadiah kepada golongan ini akan membuatkan mereka rasa lebih disayangi.


Bagaimana untuk memahami bahasa kasih sayang yang utama pada setiap orang? Caranya adalah melalui pemerhatian, melalui permintaan dan melalui rungutan.

Adakalanya kita merungut berkenaan orang lain, mengapa orang lain itu begini dan begitu. Perlu menilai diri sendiri terlebih dahulu, apa pula yang telah kita buat untuk orang berkenaan. Konsepnya mudah, sebelum kita terima, kita perlu beri dahulu.  Ada beza antara tuntutan dan permintaan. 

No comments:

Post a Comment