Sekarang ni dah banyak bahan yang tercemar dan kita banyak mengambil makanan yang diproses. Tidak hairanlah sekarang semakin banyak penyakit yang dihadapi oleh masyarakat kita. Makanan yang diproses seperti makanan di dalam tin dan makanan ringan mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan yang tidak elok untuk tubuh badan terutama untuk kecerdasan otak.
Ketika menjaga ibu yang sakit di hospital baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang pesakit buah pinggang. Menurutnya, beliau sangat menyesal kerana tidak menjaga kesihatan sejak dari muda kerana sibuk bekerja. Beliau menasihatkan agar saya lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan kerana menurut beliau ketika muda beliau mengamalkan mengambil pil-pil kecantikan. Kini, beliau menghadapi sakit buah pinggang tahap 5 dan perlu menjalani dialisis setiap minggu.
Pengalaman menjaga ibu di hospital dan bertemu dgn pelbagai pesakit mengingatkan saya untuk menjaga kesihatan ketika masih muda. Sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan baik bertajuk "Rasulullah is my doctor" yang dikarang oleh Jerry D. Gray memberi banyak maklumat tentang pemakanan mencontohi Rasululullah SAW dan khasiat tumbuh-tumbuhan. Terima kasih kawan, saya sangat menyukai buku ini. (^_^)V
Buku ini terbahagi kepada 8 bab. Terdapat maklumat antaranya mengenai Ruqyah, khasiat habatussauda, terapi penglihatan dan juga khasiat tumbuh-tumbuhan.
Buku ini banyak menerangkan tentang kebaikan pemakanan sunnah.
Bahagian 1 buku ini adalah mengenai Kedoktoran Rasulullah S.A.W. Di dalam bahagian ini, yang pertama sekali diceritakan adalah berkenaan ketauhidan kepada Allah S.W.T. Terlebih dahulu sebagai seorang muslim, kita harus percaya segala-galanya adalah di bawah kekuasaan Allah. Apabila Allah menurunkan penyakit, Allah jualah yang menurunkan penawarnya. Setiap sesuatu berlaku atas kehendak Allah. Maka, selain berusaha, peranan doa juga adalah penting. Penulis mengaitkan pengalaman beliau sendiri berkenaan amalan pemakanan Rasulullah dan pentingnya berdoa. Selain itu, ditulis juga tentang khasiat madu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Ditambah pula, mengamalkan mengekalkan wuduk membantu kita menjaga kebersihan selain dari dapat berlindung dari kejahatan syaitan. Seterusnya, berkenaan habatussauda di mana di dalam Hadis Nabi S.A.W ada menyatakan bahawa habatussauda adalah penawar segala penyakit kecuali mati. Khasiat dan cara pengambilan habatussauda mengikut jenis penyakit ada dinyatakan di dalam buku ini.
Bahagian 2 buku ini menerangkan mengenai Manfaat Ramuan Semulajadi. Di sini terdapat cara bagaimana menajamkan penglihatan kita. Cara latihan terapi penglihatan diterangkan secara terperinci di dalam buku ini. Bahgian 2 ini juga menerangkan berkenaan khasiat tumbuh-tumbuhan dan bagaimana penggunaan serta cara pengambilannya dapat mengubati penyakit.
Bahagian 3 dalam buku ini bertajuk Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia. Di sini menerangkan berkenaan bahaya ubat-ubatan moden. Saya teringat berkenaan dgn toksikologi yang saya pelajari di universiti di mana yang membezakan antara dadah dan racun adalah dos yang digunakan. Maksudnya, dos yang betul memberi manfaat manakala dos yang salah akan menjadi racun dalam tubuh badan kita.Selain itu, Jerry juga menyatakan bahawa ubat-ubatan mengotori air minuman kita. Fakta ini adalah benar kerana kita tidak dapat menapis sisa farmaseutikal kerana particle size yang kecil. Rakan sekelas saya di universiti sedang menjalankan kajian berkenaan masalah ini dan sedang mencari jalan penyelesaian melalui nano teknologi. Saya mendoakan kajiannya akan menemui kejayaan.
Buku ini walaupun hanya dijual RM25, namun manfaatnya sgt besar. Tambahan pula, saya lebih gemar cara perawatan dan menjaga kesihatan menggunakan cara semulajadi berbanding ubat-ubatan atau kosmetik moden. Saya berharap kita semua mendapat manfaat dari buku ini dan berjaya mengamalkan sepertimana yang disarankan.


No comments:
Post a Comment