Pages

Tuesday, 17 December 2019

Kerana Allah, segala-galanya...


Hidup ini indah apabila setiap apa yang kita lakukan bertunjangkan Allah.

Hidup ini sangat indah apabila setiap apa yang kita rasai, kita melihatnya sebagai rahmat Allah. Sebagai contoh, ketika menuntut ilmu, kita merasai indahnya menuntut ilmu Allah, kerana Allah dan kerana izin Allah.

Ketika kita berjaya, kita tahu kejayaan itu adalah kerana izin dan rahmat Allah, bukan kerana usaha kita semata-mata.

Ketika bahagia dan mendapat nikmat, kita tahu bahawa itu adalah pemberian dari Allah. Syukur…

Ketika ditimpa musibah, kita sedar bahawa Allah sedang menguji kita dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya, lalu kita bersabar dan mengambil pengajaran disebaliknya…

No comments:

Post a Comment