Pages

Tuesday, 17 December 2019

Perbetulkan Niat - Bermusafirlah


Kita akan dapat apa yang kita cari, kerana minda dan hati akan terarah kepada matlamat yang ada dalam diri.



Sungguh, bermusafir itu membuat diri semakin mengenal Allah dan mengenal diri sendiri. Orang yang tidak kenal Penciptanya, takkan kenal dirinya. Orang yang tidak kenal dirinya, takkan kenal Penciptanya.

Imam Shafie pula menjelaskan, setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:
1- Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.
2- Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.
3- Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.
4- Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.
5- Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

No comments:

Post a Comment