Sangat indah membaca
buku ini. Penulis merupakan seorang pencinta ilmu yang ingin mengajak para
pembaca menjadi pencinta buku dan ilmu. Banyak kisah iktibar di dalam buku ini,
sebagai contoh, bagaimana seorang pencinta ilmu sanggup menjual rumahnya untuk
membeli buku.
Ada seorang yang
lain pula, tidak akan keluar dari rumah selain membawa bersamanya buku. Dibawa
buku di atas pundak sehingga kantung buku menjadi basah kerana dibasahi peluh
sehingga orang menyangka kantungnya itu basah kerana terendam di dalam air.
Ada yang sanggup
tidak tidur kerana mahu membaca, dan ada pula yang sanggup berlapar kerana
tidak mempunyai wang untuk makan.
Ada yang tidur
dengan buku sentiasa ada di dada.
Jika beginilah sikap
para ilmuwan terdahulu, maka tidak hairanlah banyak karya agung yang
dihasilkan pada masa dahulu dan karya-karya mereka masih digunakan sehingga ke hari
ini.
Hidup ini singkat,
sedangkan bahan bacaan yang perlu dibaca amat banyak. Maka, saringlah bahan
bacaan hanya kepada yang bermanfaat sahaja dan tinggalkan bacaan yang sia-sia.
Membaca bahan bacaan
yang bermanfaat pula tidaklah berguna jika ia tidak dimanfaatkan melalui
penulisan dan pengajaran. Jadi, apabila sudah membaca, sampaikan ilmu tersebut
sama ada dalam bentuk penulisan atau mengajarkannya kepada orang lain.
Seorang pencinta
ilmu mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah dan di sisi manusia. Mereka
sudah dimuliakan sejak di dunia lagi.
Para ilmuwan yang
hebat pada zaman dahulu tidak kisah dengan gelaran atau pangkat, yang mereka
inginkan adalah ilmu.

No comments:
Post a Comment