Pages

Friday, 4 July 2014

Ulu Yam di Liverpool

Bismillah...
Assalamualaikum semua.... =)

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan buku Ulu Yam di Liverpool oleh Nazali Noor.
Tajuknya pun dah menarik kan...


           Ade Ulu Yam di Liverpool? Ini fakta baru yang sangat ramai tak tahu... heheheh



Ulu Yam di Liverpool adalah simbolik kepada kisah perjalanan hidup penulis. Ia mengisahkan bagaimana seorang anak kampung boleh mencapai kejayaan sehingga ke bumi Liverpool. Ini adalah kisah dari hati penulis sendiri bagi memberikan inspirasi agar kita tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita2 dan impian. Penulis sendiri sentiasa disindir oleh kawan-kawan ketika di bangku sekolah kerana cita-citanya itu namun hasil semangat dan kesabaran yang tinggi, penulis akhirnya berjaya mencapai apa yang diinginkannya.
  
Buku Ulu Yam di Liverpool ini mengandungi beberapa bab yang digarap bermula dari kisah penulis semenjak sekolah rendah sehinggalah di puncak kerjaya beliau di bumi Liverpool. Bermula dari sekolah rendah, penulis menyatakan bahawa pencapaiannya di sekolah hanya biasa2 aje. Sehinggalah beliau menjejaki Tingkatan 4 aliran sains tulen, beliau mula berasa fobia dengan subjek matematik. Penulis mengakui yang beliau hanya menghantar kertas jawapan kosong ketika peperiksaan SPM untuk subjek Matematik Tambahan. Berbekalkan keputusan SPM, beliau berjaya melanjutkan pelajaran di UTM Skudai dalam jurusan Diploma Penilaian dan seterusnya menyambung ijazah sajana muda di universiti yang sama dalam jurusan Pengurusan Harta Tanah.

Membaca buku ini lembaran demi lembaran, ada banyak pengajaran dan nilai positif yang dapat kita contohi. Antaranya, kita dapat melihat sikap penulis yang sangat menghargai orang-orang di sekelilingnya, bermula dari ahli keluarga hingga kepada guru-guru. Keramahan penulis diakui adalah aset berharga oleh pensyarahnya sendiri sebagai faktor yang boleh membawa beliau kepada kejayaan di dalam apa yang diimpikannya. Pembaca dapat merasai ketika membaca buku ini bahawa penulis seorang yang bukan sahaja peramah malahan juga pandai mengambil hati orang-orang sekeliling. Ini dapat dilihat melalui hubungan rapat penulis dgn guru2 dan pensyarah beliau. Penulis juga sangat2 menjaga hubungan baik dengan orang-orang di sekelilingnya.
 
Ditawarkan menjadi tutor di UTM sebaik sahaja menamatkan ijazah, penulis merasakan impiannya untuk menyambung pelajaran ijazah sarjana di bumi Uk bakal tercapai, namun oleh kerana ibunya yang semakan tua dan uzur, penulis akhirnya berhenti kerja bagi berpindah kerja ke KL agar dapat menjaga ibunya. Penulis mendapat pekerjaan  di Bank Industri Malaysia Berhad (BIMB) dan bertemu dengan isterinya di situ. Selepas berkahwin, penulis menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UTM Semarak. Bagi meneruskan cita-citanya, penulis kembali ke Johor dan menjadi pensyarah. Setelah menepati syarat bagi ditawarkan peluang menyambung pelajaran ke peringkat PhD, hasrat penulis tersekat sekali lagi kerana ibunya yang sakit. Namun, ibu dan ahli keluarga beliau meminta untuk beliau meneruskan hasrat untuk ke bumi Liverpool.

Kini penulis menjadi pensyarah di Liverpool john Moores University dan merupakan Certified Members of The British Institute of Facilities Management (BIFM). Ketika merenung kembali kisah hidupnya, penulis melihat hikmah2 yang tersembunyi. Kini, penulis melihat bahawa Allah telah memberikan lebih dari apa yang diinginkannya.

Dalam mengejar cita-cita, kita hendaklah tabah dan teruskan usaha dengan tidak mengenal erti putus asa. Percayalah, Allah Maha Mendengar dan akan memberikan kita sebagaimana yang kita inginkan pada waktu yang terbaik.
 
Buku motivasi yang baik sebagai peringatan untuk kita semua agar tidak mudah berputus asa kerana Allah menangguhkan sesuatu pemberian kerana Dia ingin memberikan yang terbaik untuk hambaNya. 

Selamat membaca.





No comments:

Post a Comment