Pages

Tuesday, 17 December 2019

Laskar Pelangi


Sangat banyak pengajaran yang boleh didapati dari novel tetralogi Laskar Pelangi, antaranya...




Ia hanya memerlukan seorang guru yang komited dan bersungguh-sungguh untuk memandaikan anak bangsa bagi mewujudkan pelajar yang luar biasa. Kenali potensi murid.

Jangan mendahului takdirmu. Jangan berkata tidak mungkin atau mustahil sebelum betul-betul mencuba.

Tugas kita adalah berusaha bersungguh-sungguh. Dan serahkan segalanya kepada pengurus alam ini.

Musibah yang terbesar adalah apabila hilangnya cita-cita dan impian. Ia membuatkan seseorang menjadi pesimis dengan hidup, lesu dan mematikan semangat juang.

 berdoalah. Tuhan akan memegang doa-doamu dan melepaskannya satu persatu pada waktu dan tempat yang tepat.

Semua yang berlaku mempunyai signifikan walau sekecil manapun peristiwa itu.

Hidup ini umpama kaca-kaca yang melukakan, namun di suatu masa ia membentuk kristal-kristal berwarna-warni melalui kondisi yang ekstrem yang lansung menyambung membentuk mozaik yang indah di dinding-dinding kehidupan.

Di suatu masa jigsaw puzzle itu bersambung memberikan jawapan-jawapan kepada persoalan hidup yang lalu.

Jadilah orang yang pemberani dan pemimpi.
Jika di luar negara, orang yang berani bermimpi tidak ditertawakan, bahkan memberikan inspiasi kepada orang lain.

Berimpianlah. Impian itu percuma. Jangan lepaskan impianmu walau apa pun yang berlaku.

Buku Andrea Hirata banyak memberikan inspirasi dan fakta-fakta dari segenap dimensi. Ilmu seni, sains, politik, ekonomi dan sastera. Beliau amat kaya jiwa.

Tuhan tidak pernah lupa. Selalulah berniat baik dan melakukan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Tidak pernah kudambakan jalan hidup yang mudah. Aku menacri cabaran untuk diharungi, kerana ia merupakan asas dalam perjuangan. Telah kujangka perjalanan ini bukannya mudah.

Pengalaman hidup yang bermakna itu hanya boleh didapati dengan berani bermimpi dan mengembara. Dalam kembara akan kutemui diriku sendiri.

Ilmu itu boleh didapati dengan tiga cara iaitu dengan belajar, membaca al-Quran dan berkelana.

Tak kuimpikan jalan hidup yang mudah. Aku mengharapkan cabaran untuk kuharungi, kerana ia merupakan asas dalam sebuah perjuangan.

Dalam mengejar impian, apa yang penting adalah cabaran-cabaran yang diharungi dalam mencapai impian tersebut.

Seringkali, perjalanan yang pahit itulah yang memberikan pengajaran yang paling berharga.

Ada orang yang mengembara ke 2/3 dunia untuk mencari orang yang dicintainya, cukuplah aku mengembara untuk mencari diriku sendiri dan mengenal Pencipta.

Kekuatan yang terbesar boleh menjadi kelemahan yang terbesar. Jagalah dua perkara ini. Perlu tahu di mana nak letakkan kekuatan dan kelemahan diri agar ia sentiasa menjadi kelebihan.

Setiap peristiwa adalah signifikan walau sekecil mana pun ia.


No comments:

Post a Comment